Pages

Selamat Tahun Baru!

 
 



Helloo MiLovers..!! Whats up? Sihat? Semoga korang semua sihat semua ya..
Okeh, aku harap tak terlambat untuk aku ucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014'..innocent onion head..
 
Yuuhuu... So, macam mana dgn azam last year? Tercapai habis ke? Kalau tak habis lagi, aku harap korang boleh capai saki-baki azam last year korang dlm tahun ni. waiting onion head.
 
Kalau fikir-fikir balik, aku rasa aku tak buat azam pun taun lepas. Eh, jap. Ada kot. Hmm..Ada eh? Laa.. entahlah. Tak ingat lah. Hoohoo.. embarrassed2 onion head ..
 
Patutlah taun lepas hidup aku terumbang-ambing je..Yelah, macam takde arah tuju gituh..Relaxx jer, Hehehhee..  

So, tahun ni, aku nekad yg aku nak buat azam baru. Yelah, tahun baru,azam baru,sikap pun kena baru jugak..! (Tiap tahun benda sama je aku cakap, tapi takde kesedaran langsung! Apa daa..)

 
Meh sini aku nak buat satu perumpamaan pasal pentingnya kita berusaha untuk mencapai satu matlamat yang dihajati. Aku tak tau la kalau korang pernah dengar ke tak. Kalau terdapat persamaan, itu hanya kebetulan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. info onion head 


Hidup ini ibarat sebuah sampan di tengah-tengah lautan luas. Laut yang bergelora pula diibaratkan cabaran yang mendatang di dalam kehidupan. Daratan pula sebagai matlamat atau azam kita. Pendayung pula sebagai usaha yang kita lakukan. 

Bayangkan, kalau sampan tu takde pendayung. Konfem sampan tu jadi terumbang-ambing..  Bergerak sesuka hati je tanpa ada arah tuju. It means that sampan tu takkan sampai ke darat. Macam tu juga dgn hidup. Tanpa usaha, kita takkan capai matlamat kita.

Jadi, ini menunjukkan bahawa usaha itu satu komponen yang sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Usaha tu kan tangga kejayaan..!

Jom sama-sama kita berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik daripada tahun sebelumnya, InsyaAllah. 
Dan jangan lupa untuk terus berusaha untuk mencapai matlamat korang masing-masing!
And one more thing, terus berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat!!

You can do it, FIGHTING!